Tuesday 11 February 2014

3d/4d scan baby ( 20 weeks )

nak cerita pengalaman aku pergi buat scan 4d..
selepas puas aku godek2 encik google kat mana nak scan 4d ni at last terjumpalah satu website ni..tengok dia punya testimoni customer mmg semua puas hati..aku pun teruja sgt2..tp masa tu baru 18weeks..kalau ikut syarat kena kandungan 20 weeks dan lebih..so aku pun buat online booking seminggu sebelum kandungan aku masuk 20 minggu..memang dia hanya buka untuk online booking sahaja..lepastu kita boleh pilih klinik yg kita nak dan masa yg sesuai..

ni website utk buat online booking..
http://bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia/

kalau nak tgk gambar2 scan baby boleh tgk facebook ni..
https://www.facebook.com/pages/3D-4D-scan-Malaysia/120155484710450

disebabkan ramai customer yg puas hati dgn sonographer ms.jezzlyn jadi aku pun pilih dia... then klinik pilihan ialah klinik fauziah kat ampang..mmg dekat dgn rumah je..aku scan masa kandungan 20 weeks..kalau siapa yg scan 20w masa ni baby kecik lg dan tak banyak lemak..jd xdela nampak chubby mcm 26 weeks...tp bagi aku yg penting adalah jantina baby..masa ni dah boleh nampak dah..

pengalaman aku masa scan mmg seronok..tgk baby kat dalam perut gerak2..sebelum ni xdapat nak bayangkan mcm mana baby kita kat dalam dan apa yg dia tgh buat..bila scan 4d ni tergelak2 aku tgk baby tido tutup muka, peluk uri, main2 dgn uri dia, tendang2, mengeliat, tido dan ada tu dia tgh mengunyah..tgh makan kot..hehe..suami pun tersengih2 tengok baby..


anak ibu 20 weeks...alhamdulillah healty baby

tengok tu sedapnye tido peluk uri.. siaplah ibu kena sediakan dia bantal busuk bila dia kuar nanti

ni la kaki baby yg aktif tendang2 perut ibu...comel je..

sonographer aku pilih ni memang bagus sgt..dia akan scan sampai dapat muka baby..mmg dalam syarat kalau baby tak tunjuk muka kita xperlu bayar apa2...sebab tu tu kot dia akan kejut baby kita sampai bangun dan gerak2..cara dia kejut pun comel je..alhamdulillah baby memang pandai bg respon bila orang suruh bangun.. adalah dlm 40 minit dia scan baby sbb baby kejap2 tido..mmg lama tp berbaloi sgt..lg2 bila dapat tau jantina baby..disebabkan aku xpuas hati aku minta dia scan jantina sampai 2 kali..haha..hasilnya mmg confirm!!

harga rm120 dapat 1 print out gambar dan cd.. dlm cd tu ada la 20 gambar dan 5 video.. kalau siapa nak scan 3d/4d baik lah scan dekat tempat ni.. sbb sebelum ni ada jgk kes yg bayar mahal2 tp xdapat tgk muka baby la, xdpt tgk jantina dan ada yg scan skejap je sbb kes baby tak nak gerak...

Monday 10 February 2014

Alat check gula dalam darah (OneTouch)

ok disebabkan aku ni ada Diabetes Gestasi GDM dan kena pergi klinik ibu anak tiap2 minggu (walaupun 5 minit je dr rumah tp aku tak sangup turun naik tangga 4 tingkat okeh ) jadi aku amik langkah mudah dgn beli alat kesan gula dalam darah.. apa lagi paw duit suami rm200 sebab budget harga tu tengok kawan beli...

apa lagi pergi la farmasi yg dekat dengan rumah aku ni kat pandan indah tu..byk sgt farmasi sampai tak tahu nak pergi mana last2 berhenti kat farmasi Alpha senang nak parking.. masuk2 je tersenyum lebar la mak buyung ni sebab nampak alat yg paling murah.. RM 99 sahaja 1 set.. wah balance duit suami ni byk kot boleh shopping lg pasni..huahahaha...

ini lah dia alat check gula dalam darah yg paling murah ada kat farmasi tu.. 

 dalam kotak ni dah lengkap semua termasuk

  • blood glucose meter & battery
  • lancing device & jarum
  • test strip ( 25 strips )
  • ada case sekali lupa nk amik gambar

untuk alat ni memang aku beli yg murah2 je tak payah nak membazir beli jenama yg mahal sebab funtions dia sama je.. lagipun ada warranty 1 tahun.. tp yg mahalnya bila test strip habis nak beli 1 tu harga rm50++ ...jadi hari tu suami nak test dia punya gula dlm darah pun aku tak bg..hahaha..jimat!! (padahal duit suami jgk)

contoh bacaan aku untuk 2pm... normal alhamdulillah...hehe

owh ye kalau nak tau bacaan gula dalam darah kita tu normal ke tak..boleh tgk jadual kat bawah ni...

bacaan gula dalam darah


Diabetes dan Ibu Hamil

hai semua.. tiba2 pula aku rasa nak blogging sejak mengandung ni.. sekarang ni tengah hamil 22 weeks alhamdulillah dah separuh jalan..hehe.. sebenarnya nak cerita pasal diabetes atau kencing manis dikalangan ibu mengandung.. ini semua pengalaman sendiri.. kalau bahasa doktor dia orang panggil Diabetes Gestasi (GDM). kes ni memang akan dialami hanya semasa mengandung.. sebelum/selepas mengandung xde pun..kenapa boleh kena diabetes?? bahasa senang cerita, perubahan hormon kita menyebabkan insulin yg mengawal gula dlm badan berkurangan.. mana taknye kan sekarang ni semua kita share2 dgn baby dlm perut kita..

so aku ni adalah salah seorang diabetes gestasi.. macam mana anak tahu kita ada diabetes?? kalau siapa2 yang buat buku merah kat klinik kerajaan mesti wajib minum air gula 2 kali sepanjang tempoh kehamilan...ye air gula!! air yg dicampur dgn gula.. dlm 1 cawan tu ada la kot dia letak 10 sudu gula.. erkk... aku kena minum air gula ni masa 16 weeks... apa lagi minum la lelaju supaya tak termuntah.. akak sebelah terbeliak tgk aku minum lelaju..hahaha... lepas 2 jam minum nurse amik darah ok...pastu aku balik dgn senang hati sbb berjaya minum air gula!! poyo!!

boleh pulak lepas 2 hari tu nurse call minta datang klinik sbb bacaan gula dlm darah aku tinggi ye 8.3 mmol/l sah2 ada diabetes..bacaan normal haruslah bawah dr 7.8mmol/l.. siapa ada diabetes ni mmg letih kena datang klinik setiap minggu amik bacaan gula dlm darah.. lepastu kena dtg 4 kali dlm sehari 8am-10am-2pm-8pm...hoho mmg letih mak buyung ni naik turun tangga flat 4 tingkat semata2 nak g klinik..

nampak tak bacaan GDM tu..yg warna2 merah tu bacaan tinggi tak normal..

kalau tengok bacaan tu kan kebanyakkan yg tinggi semua selepas aku sarapan pagi walaupun aku hanya makan roti 2 keping sapu kaya.. bacaan yg tinggi tu diambil selepas 1 jam selepas makan... last2 aku kena rujuk hospital ampang untuk bagi aku jumpa dietician and counseling pasal diet pemakanan semasa hamil.. doktor kata kalau aku tak kawal makan aku nanti kena cucuk insulin 4 kali sehari..sebelum aku terjebak baik aku kawal makan.. aku kurangkan makan dgn cara makan sikit2 tapi kerap.. contoh macam makan nasi aku amik 1 senduk je..lepas 2-3 jam kalau lapar aku makan nasi lg sikit2..air manis mmg aku elakkan tp kadang2 minum jgk sebab nafsu makan aku mmg membuak2..tp lepastu aku minum air masak byk2..

nak tau kesan GDM ni pada bayi??
baik aku bagitahu kesan pada bayi sbb ini sgt serious

  • risiko bayi mati dalam kandungan adalah tinggi.. 
  • bayi terlalu aktif dlm perut.. risiko terbelit tali pusat/uri
  • risiko bayi lahir terlampau besar.. kena keluar ikut tingkap ( c-zer ) 
  • dan byk lg...aku bagitahu yg penting ni..dengar pun dah resah gelisah
sejak aku jaga makan ni alhamdulillah bacaan dah normal.. kalau sebelum ni berat badan aku naik 3 kg sebulan...tp sejak sebulan ni naik 2 kg je..walaupun aku rasa macam tak cukup makan, doktor kata perkembangan aku normal walaupun naik 2 kg... sebenarnya naik 1kg pun dah ok sgt2 asalkan ada pertambahan berat..jgn tak naik atau turun sudahlah..tu mmg xelok untuk baby...

nanti aku cerita apa aku makan untuk normalkan GDM ni..