Tuesday 11 February 2014

3d/4d scan baby ( 20 weeks )

nak cerita pengalaman aku pergi buat scan 4d..
selepas puas aku godek2 encik google kat mana nak scan 4d ni at last terjumpalah satu website ni..tengok dia punya testimoni customer mmg semua puas hati..aku pun teruja sgt2..tp masa tu baru 18weeks..kalau ikut syarat kena kandungan 20 weeks dan lebih..so aku pun buat online booking seminggu sebelum kandungan aku masuk 20 minggu..memang dia hanya buka untuk online booking sahaja..lepastu kita boleh pilih klinik yg kita nak dan masa yg sesuai..

ni website utk buat online booking..
http://bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia/

kalau nak tgk gambar2 scan baby boleh tgk facebook ni..
https://www.facebook.com/pages/3D-4D-scan-Malaysia/120155484710450

disebabkan ramai customer yg puas hati dgn sonographer ms.jezzlyn jadi aku pun pilih dia... then klinik pilihan ialah klinik fauziah kat ampang..mmg dekat dgn rumah je..aku scan masa kandungan 20 weeks..kalau siapa yg scan 20w masa ni baby kecik lg dan tak banyak lemak..jd xdela nampak chubby mcm 26 weeks...tp bagi aku yg penting adalah jantina baby..masa ni dah boleh nampak dah..

pengalaman aku masa scan mmg seronok..tgk baby kat dalam perut gerak2..sebelum ni xdapat nak bayangkan mcm mana baby kita kat dalam dan apa yg dia tgh buat..bila scan 4d ni tergelak2 aku tgk baby tido tutup muka, peluk uri, main2 dgn uri dia, tendang2, mengeliat, tido dan ada tu dia tgh mengunyah..tgh makan kot..hehe..suami pun tersengih2 tengok baby..


anak ibu 20 weeks...alhamdulillah healty baby

tengok tu sedapnye tido peluk uri.. siaplah ibu kena sediakan dia bantal busuk bila dia kuar nanti

ni la kaki baby yg aktif tendang2 perut ibu...comel je..

sonographer aku pilih ni memang bagus sgt..dia akan scan sampai dapat muka baby..mmg dalam syarat kalau baby tak tunjuk muka kita xperlu bayar apa2...sebab tu tu kot dia akan kejut baby kita sampai bangun dan gerak2..cara dia kejut pun comel je..alhamdulillah baby memang pandai bg respon bila orang suruh bangun.. adalah dlm 40 minit dia scan baby sbb baby kejap2 tido..mmg lama tp berbaloi sgt..lg2 bila dapat tau jantina baby..disebabkan aku xpuas hati aku minta dia scan jantina sampai 2 kali..haha..hasilnya mmg confirm!!

harga rm120 dapat 1 print out gambar dan cd.. dlm cd tu ada la 20 gambar dan 5 video.. kalau siapa nak scan 3d/4d baik lah scan dekat tempat ni.. sbb sebelum ni ada jgk kes yg bayar mahal2 tp xdapat tgk muka baby la, xdpt tgk jantina dan ada yg scan skejap je sbb kes baby tak nak gerak...

No comments:

Post a Comment