so aku ni adalah salah seorang diabetes gestasi.. macam mana anak tahu kita ada diabetes?? kalau siapa2 yang buat buku merah kat klinik kerajaan mesti wajib minum air gula 2 kali sepanjang tempoh kehamilan...ye air gula!! air yg dicampur dgn gula.. dlm 1 cawan tu ada la kot dia letak 10 sudu gula.. erkk... aku kena minum air gula ni masa 16 weeks... apa lagi minum la lelaju supaya tak termuntah.. akak sebelah terbeliak tgk aku minum lelaju..hahaha... lepas 2 jam minum nurse amik darah ok...pastu aku balik dgn senang hati sbb berjaya minum air gula!! poyo!!
boleh pulak lepas 2 hari tu nurse call minta datang klinik sbb bacaan gula dlm darah aku tinggi ye 8.3 mmol/l sah2 ada diabetes..bacaan normal haruslah bawah dr 7.8mmol/l.. siapa ada diabetes ni mmg letih kena datang klinik setiap minggu amik bacaan gula dlm darah.. lepastu kena dtg 4 kali dlm sehari 8am-10am-2pm-8pm...hoho mmg letih mak buyung ni naik turun tangga flat 4 tingkat semata2 nak g klinik..
nampak tak bacaan GDM tu..yg warna2 merah tu bacaan tinggi tak normal.. |
kalau tengok bacaan tu kan kebanyakkan yg tinggi semua selepas aku sarapan pagi walaupun aku hanya makan roti 2 keping sapu kaya.. bacaan yg tinggi tu diambil selepas 1 jam selepas makan... last2 aku kena rujuk hospital ampang untuk bagi aku jumpa dietician and counseling pasal diet pemakanan semasa hamil.. doktor kata kalau aku tak kawal makan aku nanti kena cucuk insulin 4 kali sehari..sebelum aku terjebak baik aku kawal makan.. aku kurangkan makan dgn cara makan sikit2 tapi kerap.. contoh macam makan nasi aku amik 1 senduk je..lepas 2-3 jam kalau lapar aku makan nasi lg sikit2..air manis mmg aku elakkan tp kadang2 minum jgk sebab nafsu makan aku mmg membuak2..tp lepastu aku minum air masak byk2..
nak tau kesan GDM ni pada bayi??
baik aku bagitahu kesan pada bayi sbb ini sgt serious
- risiko bayi mati dalam kandungan adalah tinggi..
- bayi terlalu aktif dlm perut.. risiko terbelit tali pusat/uri
- risiko bayi lahir terlampau besar.. kena keluar ikut tingkap ( c-zer )
- dan byk lg...aku bagitahu yg penting ni..dengar pun dah resah gelisah
nanti aku cerita apa aku makan untuk normalkan GDM ni..
No comments:
Post a Comment